Rabu, 4 April 2012

Permainan Tradisional di Malaysia

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

ContohPermainan : Congkak


Pengenalan
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.


Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
                                                                        Poster Karnival

Laporan Video Bengkel Permainan Tradisional

Khamis, 19 Januari 2012

Etika Penggunaan Internet (MINGGU 3)

Berikut merupakan beberapa panduan apabila kita menggunakan internet :

  1. Jangan menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau menabur perasaan benci.
  2. Jangan menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan serta perlanggaran undang-undang. 
  3. Jangan menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya
  4. Jangan menggalakkan, membangunkan atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang menyalahi undang-undang. 
  5. Jangan menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. 
  6. Jangan memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit. 
  7. Jangan melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.

Selasa, 17 Januari 2012

Membina Tapak Pembelajaran

Sesi pembelajaran kali ini, kami diminta membina dan menggunakan tapak dan laman web pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Terdapat tiga langkah yang perlu kami lakukan dalam tajuk ini.

1) Pertamanya ialah kami dikehendaki mempelajari prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bagi langkah ini kami telah diajar membina tapak pembelajaran daripada tapak Edu.blogs (Sila lihat pautan ini) http://edublogs.org/. Selain daripada itu, kami juga telah diajar menggunakan tapak pembelajaran dari sumber lain iaitu Blogger.com (Sila lihat pautan ini) http://beta.blogger.com/blog-this.g. Melalui kedua-dua tapak ini, kami telah belajar langkah-langkah bagi membina tapak pembelajaran yang menarik dan berguna.

2) Keduanya, kami juga dikendaki mempelajari prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bagi langkah ini kami telah diajar membina laman web pembelajaran daripada laman Webs.com (Sila lihat pautan ini)http://members.webs.com/s/signup/. Melalui laman ini, kami telah belajar langkah-langkah bagi membina laman web pembelajaran. Walaupun pada mulanya nampak sukar dan mustahil. Namun, atas usaha gigih kami berjaya juga mempelajari bagaimana untuk membina laman web pembelajaran yang berkualiti.

3) Akhir sekali, kami dikehendaki membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu. Setelah selesai membina tapak pembelajaran dan laman web, akhirnya saya membuat keputusan untuk menggunakan tapak pembelajaran dari laman Blogger.com bagi memudahkan pemprosesan maklumat dan mengelakkan kecelaruan kendalian. 


Kesimpulannya, pengalaman dalam menuntut ilmu menggunakan teknologi terkini seperti tapak pembelajaran dan laman web sememangnya penting. Hal ini demikian, semua orang termasuk guru dan pelajar dapat berkongsi maklumat secara maya tidak kira di mana sahaja kita berada.

Taklimat Ringkas Mengenai Kursus BMM 3105

Kursus ini merupakan subjek major bagi guru pelatih pengkhususan bahasa Melayu di IPG seluruh Malaysia. Kursus ini diwajibkan kepada guru pelatih yang mengambil Program Sarjana Muda Perguruan Kepujian ( Bahasa Melayu Pendidikan Rendah) pada PISMP Semester 3.

Secara ringkasnya, kod kursus ini ialah BMM 3105. Jam kreditnya adalah 3 (3 + 0). Ini bermaksud, ke semua waktu yang diperuntukkan adalah untuk bengkel atau tutorial. Jam interaksi sebanyak 90 jam dan terdapat 15 minggu interaksi.Maknanya, setiap minggu diperuntukkan selama 6 jam interaksi dan setiap minggu akan terdapat tajuk-tajuk kecil yang akan dipelajari oleh pelajar.

Manakala, penilaian markah bagi kursus ini adalah 100% berdasarkan kerja kursus. Maknanya subjek ini tiada peperiksaan akhir semester seperti kebiasaannya pada kursus lain. Sudah semestinya bahasa pengantar bagi kursus ini adalah bahasa kebangsaan Malaysia iaitu bahasa Melayu.

Pro Forma Kursus BMM 3105

Dibawah ini merupakan Pro Forma bagi Kursus BMM3105 :

1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
 Menggunakan web, video, audio, dan imej
 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

2 Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
 Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
 Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

3 Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
 Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
 Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint

4 Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
 Memilih bahan sastera
 Memilih bahan tatabahasa
 Memilih bahan bidang ilmu lain

5 Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
 Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
 Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
 Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
 Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.

6 Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
 Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
 Struktur Linear
 Struktur Rangkaian

7 Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
 Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
 Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak
    pembelajaran.
 Membina bahan.

8 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
 Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
 Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak
    pembelajaran

9 Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
 Prosedur pengeditan
 Prinsip pengeditan
 Melaksanakan pengeditan
 Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.

10 Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
 Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
 Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
 Membina bahan video dan audio
 Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.

11 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
 Konferensi secara dalam talian
 Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis.

12 Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
 Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu
    sekolah rendah
 Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

13 Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
 Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
 Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
 Memanipulasi animasi dalam persembahan

14 Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
 Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
 Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
 Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

15 Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
 Mengadakan seminar
 Mengadakan pameran