SINOPSIS
Kursus ini menjelaskan penggunaan Internet, pemilihan bahan Internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara on line; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan Internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menggunakan Internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2. Memilih bahan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam Internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
Selasa, 17 Januari 2012
Jumaat, 6 Januari 2012
SIAPA AKU?
Itu dia.MUKADIMAH bermulanya hidup seorang blogger.
Sebagai perkenalan,nama penuh aku dalam IC, Muhammad Usaid bin Jamal.
Menetap di Mukim Klebang Besar, Melaka.
Nak tahu 'siapa aku' dengan selanjutnya boleh la baca pada entry yang aku akan keluarkan kelak.
Aku akan ceritakan segala secara 360 'SIAPA AKU' (tp daripada kacamata aku sendiri la)
Bak kata seorang ustazah tu (sape ntah aku tak ingat) perspektif terhadap individu nie ada tiga.
1.Perspektif daripada kacamata diri sendiri,2.Perspektif daripada kacamata orang lain,3.yang ketiga nie aku tak berapa ingat pulak.HAHAHA.
InsyaAllah,blog aku nie akan dipenuhkan dengan coretan yang berkisarkan segenap isu yang melanda Malaysia dan semestinya kehidupan aku sendiri.
Tak kira kemanusiaan, hiburan, sukan, ekonomi, perguruan, politik, dan lain-lain.semua aku akan cuba tulis.
apa-apa pun
SELAMAT MEMBACA!
Langgan:
Catatan (Atom)